Penghawa dingin telah menjadi satu perlatan keperluan di setiap rumah pada masa kini. Permintaan yang semakin meningkat mendorond kepada kewujudan pelbagai jenama penghawa dingin di pasaran. Antara jenama penghawa dingin yang boleh didapati di pasaran adalah LG, Sharp, Panasonic, Hitachi, Samsung, Elba, Carrier, Haier, Dunham Bush, York, Daikin dan lain-lain lagi. Setiap jenama penghawa dingin menawarkan pelbagai fungsi dan keistimewaan seperti antibakteria, penjimatan tenaga, penyahbau dan lain-lain lagi. Jadi sebagai pengguna, bagaimanakah untuk menentukan penghawa dingin yang memberi nilai kepada wang dan cekap tenaga?????
Wednesday, November 17, 2010
Monday, November 15, 2010
KuRsuS SiJiL RAC
Keterangan Kursus
Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari sistem pemampatan dan pemeluwapan refrigerant. Memasang dan menyambung sistem paip penyejukan. Membuat penyelenggaraan elektrikal dan mekanikal. Menentukan saiz/kapasiti penyamanan udara mengikut keluasan bilik, membaik pulih peti sejuk domestik dan komersil.
Peluang Kerjaya
Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
(Komersil) atau pekerjaan lain yang berkaitan.
(Komersil) atau pekerjaan lain yang berkaitan.
Institut yang Menyediakan Kursus RAC
- Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
- Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
- Institut Latihan Perindustrian Labuan
- Institut Latihan Perindustrian Ipoh
- Institut Latihan Perindustrian Jitra
- Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu
- Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas
- Institut Latihan Perindustrian Mersing
- Institut Latihan Perindustrian Sandakan
- Institut Latihan Perindustrian Miri
Friday, November 12, 2010
sEpiNTas LaLu
Blog ini adalah bertujuan memberi sedikit sebanyak kefahaman mengenai sistem hawa dingin. Ianya membincangkan mengenai alatan utama dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara. Mengetahui berbagai sistem penyaman yang terdapat dalam pasaran dan juga mengetahui penggunaan penyaman udara.
Subscribe to:
Posts (Atom)