::NoTA R.A.C.::

ASAS R.A.C.


DEFINASI
Penyaman udara boleh ditakrifkan sebagai satu proses di mana udara dikendalikan dengan kawalan keatas suhunya, kelembapan, kebersihan dan seterusnya mengagihkan udara ini ke dalam satu ruangan yang terlebih dahulu telah diketahui keperluannya dan penggunaannya.

Kegunaan atau bila diperlukan

  • Di pejabat – untuk memberi keselesaan pada manusia bagi menghasilkan mutu kerja yang baik dan meninggikan daya pengeluaran.

  • Menjaga alatan dan komponen yang berharga supaya tidak rosak atau berkarat contoh alat elektronik (komputer) dan alat ganti.
  • Mengawal suhu dan kelembapan dalam bilik proses ubat-ubatan dan menyimpan atau pun memproses makanan dan peyimpanannya.


  • Mengawal suhu, kelembapan dan kebersihan udara di dalam bilik pembedahan, makmal khas, Bilik Bersih

    REKABENTUK
    Sebelum rekabentuk dimulakan untuk mendapat saiz hawa dingin, pihak pengguna mestilah memberi maklumat yang terperinci mengenai tempat yang hendak dihawa dingin itu.

    Maklumat-maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:-
    1. Kedudukan bangunan – arah bangunan contoh, arah ketimur, selatan dan utara.
    2. Penggunaan bangunan – sama ada pejabat, bilik komputer, hospital dan lain-lain lagi dan juga masa menghendaki hawa dingin.
    3. Bentuk bangunan – ciri-ciri arkitektual seperti tinggi bangunan atau tingkat, panjang pendik ketinggian silling dan lain-lain.
    4. Bahan binaan – lantai, dinding, tingkap, bumbung dan lain-lain.
    5. Jumlah orang – berapa penghuni dalam satu-satu ruang atau bilik.
    6. Lampu, komputer dan lain-lain alatan yang mengeluarkan haba.
    7. Pengudaraan – sama ada memerlukan pembuangan terus udara dari ruang, contoh bilik bedah.
    8. Keadaan sekeliling – bangunan bersebelahan, seperti tinggi bangunan dan arahnya. Suhu dan kelembapan disekitar kawasan.

    --Nota Asas RAC : Muat Turun--

    ________________________________________________
    ************************************************

    KITARAN ASAS & KOMPONEN UTAMA R.A.C.

    Di dalam sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara terdapat dua tekanan iaitu tekanan rendan dan tekanan tinggi. Bahan sejuk (refrigerant) beraksi sebagai bahan penyangkut untuk memindahkan haba daripada penyejat kepemeluwap di mana haba dibuang kepada udara sekeliling atau pada air dalam sistem penyejukan air.

    Bahan sejuk akan bertukar bentuk daripada wap kepada cecair kemudian bertukar kembali kepada wap, menyerap dan membuang haba mengikut kadar tertentu.

    Operasi Kitaran Asas